Zimbabwe bekukan akaun bank kerana aktiviti forex

JOHANNESBURG – Pusat bank Zimbabwe telah membekukan akaun bank kepunyaan 30 orang individu yang dipercayai melakukan pertukaran mata wang secara haram melalui telefon bimbit dan media sosial, seperti yang dinyatakan kelmarin.

Kerajaan Zimbabwe telah berusaha untuk menaikkan mata wang tempatan semenjak dibatalkan pada tahun 2009 atas permintaan dolar AS yang tinggi dan inflasi yang lampau.

Tetapi dolar AS mula jatuh, mendorong pusat bank tersebut untuk memperkenalkan wang kertas baharu pada tahun 2016. Walau bagaimanapun, nilai wang tempatan semakin menurun. Dan mata wang yang mempunyai permintaan tinggi mula diniagakan di pasar gelap dengan kadar harga yang lebih baik dari yang rasmi.

Reserve Bank Zimbabwe menyatakan unit risikan (FIU) telah mengenal pasti 30 orang individu yang ‘menyalahgunakan perkhidmatan telekomunikasi telefon bimbit dan platform media sosial’ untuk ‘pertukaran mata wang asing secara haram’ kelmarin.

“FIU telah mengarahkan pihak bank dan perkhidmatan kewangan yang lain untuk mengenal pasti dan membekukan akaun yang dijalankan oleh individu-individu tersebut,” menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Individu-individu tersebut juga telah dihalang daripada mengakses perkhidmatan kewangan selama dua tahun, dan berisiko dihalang oleh pengendali mudah alih.

Zimbabwe masih mengalami masalah pengurusan kewangan semenjak berada di bawah pengurusan bekas presiden, Robert Mugabe.

Negara Afrika selatan ini telah menghadapi krisis ekonomi yang teruk selama beberapa tahun, yang mana banyak yang menyaksikan duit simpanan mereka semakin berkurangan dan harga mula meningkat.

Pembuatan dan eksport mula menurun, dan pertukaran mata wang asing juga semakin berkurangan. – AFP

Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa membincangkan isu untuk memulihkan kembali ekonomi global akibat pandemik. – AFP