Zimbabwe buka semula taman hidupan liar

HARARE, ZIMBABWE, 2 JULAI – Zimbabwe telah membuka semula taman negara kepada orang awam dan membenarkan restoran menghidangkan makanan dalam premis mereka, justeru memberikan kelegaan kepada sektor hospitaliti negara yang bergelut daripada sekatan untuk membendung koronavirus baharu.

Keputusan kerajaan, diumumkan oleh menteri informasi Monica Mutsvangwa, keluar di tengah bantahan dari taman negara dan rumah penginapan safari swasta bahawa sekatan berterusan akan menjejas perniagaan dan usaha pemuliharaan. Restoran dibenarkan menyajikan makanan kepada pelanggan, tetapi hanya dengan jumlah terhad, kata Mutsvangwa.

“Kami amat terdesak untuk membuka semula,” kata Tinishe Farawo, jurucakap untuk Pihak Berkuasa Pengurusan Taman dan Hidupan Liar Zimbabwe.

Beliau berkata agensi taman telah beroperasi tanpa pendapatan sejak lockdown diperkenalkan pada Mac dan bergelut untuk membayar kira-kira 2,000 renjer yang penting untuk memerangi pemburuan di taman negara, yang dipenuhi dengan gajah, singa, dubuk, kerbau, zebra dan hidupan liar lain.

Agensi taman Zimbabwe banyak bergantung pada pelancongan untuk pendapatan dan telah berusaha untuk mendapatkan kebenaran untuk menjual haiwan seperti gajah tanpa ‘sekatan’ kepada zoo asing dengan tujuan mengumpul wang untuk pemuliharaan. – AP

Seekor gajah berjalan berdekatan kuda belang di Taman Negara Mana Pools, Zimbabwe.Zimbabwe mengumumkan pembukaan semula taman negara kepada orang awam semalam. – AP