Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zimbabwe masih menanti keputusan rasmi

    HARARE, 2 Ogos – Zimbabwe hari ini menunggu keputusan pilihan raya bersejarahnya selepas tentera melepaskan tembakan kepada para bantahan yang mendakwa berlakunya penipuan dalam pilihan raya, dengan harapan menjatuhkan era baharu negara itu selepas penyingkiran Robert Mugabe.

    Kerajaan lewat kelmarin telah berikrar untuk menguatkuasakan tindakan keras bagi menghalang sebarang pergolakan selepas tentera melepaskan tembakan untuk meleraikan bantahan oleh para pembangkang di Harare, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang terkorban.

    Pemilihan Isnin lalu itu merupakan pelihan raya pertama sejak presiden yang mempunyai kuasa penuh, Mugabe telah dipaksa melucut jawatan oleh tentera pada November lalu.

    Keadaan itu kemudiannya mencetuskan huru-hara tatkala penyokong gerakan Pembangkang untuk Perubahan Demokratik (MDC) mendakwa mereka telah ditipu dalam pengiraan undian pilihan raya.

    “Anda berkata anda lebih baik daripada Mugabe, tetapi anda sama sahaja seperti Mugabe,” jerit seorang penunjuk perasaan yang memakai baju T putih. “Kami memerlukan keselamatan untuk rakyat.”

    Dua tentera Zimbabwe ketika menjalankan pemeriksaan dan kawalan di pasar Copacabana di Harare, kelmarin. Zimbabwe kelmarin masih menunggu keputusan pilihan raya bersejarahnya selepas tentera melepaskan tembakan kepada para bantahan yang mendakwa berlakunya penipuan dalam pilihan raya. – AP

    Para tentera telah melancarkan serangan semasa bantahan MDC di pusat bandar Harare, saksi AFP memberitahu, dengan seorang lelaki terbunuh selepas ditembak di bahagian perut.

    Hasil keputusan kelmarin menunjukkan bahawa parti pemerintah ZANU-PF dengan mudah memenangi kebanyakan kerusi dalam undi parlimen, memperkuat prospek Presiden Emmerson Mnangagwa untuk memegang kuasa dalam mengejar kedudukan sebagai presiden utama.

    Polis mengesahkan angka kematian kepada tiga orang dan Mnangagwa telah mengeluarkan kenyataan menyalahkan para pembangkang kerana menjadi penyebab kepada rusuhan dan kematian.

    Mnangagwa, 75, menjanjikan undi secara adil dan saksama selepas tentera memberinya kuasa pada bulan November apabila Mugabe dipaksa meletak jawatan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda