Zimbabwe siasat kematian 22 ekor gajah

HARARE, 2 SEPT – Jumlah gajah yang ditemui mati di bahagian barat Zimbabwe disyaki akibat jangkitan bakteria, kemungkinan memakan tumbuhan beracun, telah meningkat kepada 22, dan ‘lebih banyak kematian dijangkakan,’ menurut jurucakap agensi taman negara tersebut hari ini.

Kebanyakan gajah yang mati di Pandamasue Forest, terletak di antara Taman Kebangsaan Hwange dan Victoria Falls, masih kecil atau lemah, kata Tinashe Farawo, jurucakap Taman Kebangsaan Zimbabwe dan Pihak Berkuasa Penjagaan Hidupan Liar. Dengan kekurangan sumber makanan, anak gajah tidak mampu mencapai dahan pokok tinggi ‘berakhir memakan segala-galanya dan beberapa jenis tumbuhan yang mereka makan mungkin beracun,” Farawo memberitahu Associated Press.

Dia berkata masalah itu mungkin berlarutan sepanjang musim kering. Zimbabwe telah mengalami musim kemarau berlarutan dalam beberapa tahun ini, menyebabkan binatang-binatang kekurangan air dan tumbuhan untuk makan, katanya. – AP