Zimbabwe tahan 1,300 langgar peraturan sekatan

ABUJA, NIGERIA, 5 JUN – Pihak berkuasa Zimbabwe menahan seramai 1,312 orang dalam tempoh 24 jam lalu kerana melanggar peraturan bertujuan mencegah penularan COVID-19, lapor agensi berita Anadolu memetik laporan media tempatan semalam.

Jurucakap polis, Paul Nyathi berkata, kebanyakan ditahan kerana mengadakan perhimpunan awam dan tidak memakai penutup mulut dan hidung. – Bernama