Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Zion lanjut kontrak dengan Pelicans

    NEW YORK, 3 JULAI – Zion Williamson, terlepas musim NBA yang lalu akibat patah kaki kanan, telah bersetuju untuk menyambung kontrak lima tahun dengan New Orleans Pelicans, menurut laporan ESPN kelmarin.

    Perlanjutan kontrak tersebut bernilai AS$193 juta tetapi mempunyai insentif klausa eskalator yang boleh meningkatkan nilai perjanjian itu kepada AS$231 juta.

    Wang tambahan akan diberikan jika Williamson boleh menjadi Pasukan All-NBA atau memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) NBA atau Pemain Terbaik Tahunan NBA pada musim hadapan.

    Pilihan utama dalam Draf NBA 2019 itu telah bergelut dengan isu kecederaan tetapi menunjukkan detik-detik cemerlang dalam permulaan NBAnya, dengan mengumpul purata sebanyak 25.7 mata, 7 lantunan dan 3.2 assists dalam 85 pertandingan dari 2019 hingga 2021.

    Terdahulu, Williamson mengalami kecederaan lutut pada musim awalnya yang menangguhkan penampilan sulungnya di NBA sehingga Januari 2020.

    Dia akan berusia 22 tahun pada Rabu ini dan pada masa sama, hari tersebut juga merupakan hari pertama bagi pemain NBA menandatangani kontrak bagi musim 2022-23.

    Sebagai pemain muda, Williamson menyamai Shaquille O’Neal sebagai satu-satunya pemain remaja dalam sejarah NBA dengan mencatat purata 20 mata dan menghasilkan jaringan sebanyak 55 peratus dari gelanggang. – AFP

    Zion Williamson melanjutkan kontrak lima tahun bersama Pelicans dengan nilai AS$193 juta. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...