Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Zizan Razak minta maaf kepada Khai Bahar

    Tindakan pelakon dan pelawak, Zizan Razak yang memuat naik foto bersama pengacara, Hawa Rizwana di Instagram miliknya menimbulkan usikan peminat sehingga ada menganggap mereka kini sedang dilamun cinta.

    Zizan atau Mohd Razizan Razak, 39, bagaimanapun memohon orang ramai agar tidak cepat membuat sebarang spekulasi tidak benar mengenai mereka hanya kerana sekeping gambar. Jelas Zizan, tujuan dia memuat naik foto bersama Hawa adalah bagi mempromosikan drama pertama lakonan mereka yang akan menemui penonton tidak lama lagi.

    “Saya terkejut. Tenang ya semua. Saya nak rakyat Malaysia bertenang. Posting saya itu dengan niat untuk war-warkan cerita terbaru kami dan ia adalah lakonan pertama Hawa.

    “Orang ingat melalui hantaran itu saya dan Hawa ada hubungan. Bukan itu cerita dia,” katanya. Zizan menjelaskan kekeliruan itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya kelmarin.

    Terdahulu, gambar mereka berdua menerima pelbagai respons dalam kalangan peminat termasuk rakan selebriti yang seakan-akan setuju jika mereka berjodoh. Dalam pada itu, menerusi video lain di Instastory, Zizan menjelaskan gambar berkenaan bukan gimik untuk menarik perhatian orang ramai.

    Malah pelakon berkenaan sempat mengusik dan menyebut nama Khai Bahar kerana sebelum ini penyanyi tersebut pernah bekerjasama dengan Hawa dalam video muzik lagu berjudul Oh Wanita.

    “Saya tak tahu pula jadi kecoh sampai begini. Tiada niat pun nak buat marketing dengan cara gosip begitu. Saya hanya hendak beritahu sedang berlakon dengan Hawa.

    “Jadi salah faham pula. Minta maaf kepada yang salah faham terutama Khai Bahar. Hawa itu macam adik saya, saya tidak fikir apa-apa pun,” jelasnya.

    Zizan bagaimanapun tidak memberitahu tajuk drama arahan Michael Ang itu dan meminta peminat agar menonton lakonan romantis mereka berdua nanti. – Agensi

    Zizan dan Hawa bergandingan dalam drama terbaharu arahan Michael Ang. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...