Sunday, December 15, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zizi Kirana berehat dari laman sosial

    Rimas dengan pelbagai isu negara yang menjadi perbualan hangat warganet, penyanyi Zizi Kirana mengambil keputusan untuk tidak membuka laman sosial selama lima hari.

    Zizi berkata dia tertekan dengan pelbagai topik yang menjadi perbalahan segelintir masyarakat antaranya isu berkaitan penularan COVID-19 dan hal membabitkan politik negara.

    “Saya ambil keputusan untuk berehat daripada menggunakan laman sosial selama lima hari. Saya rasa rimas dan semak dengan pelbagai cerita terutamanya perbalahan warganet mengenai isu COVID-19 dan hal politik negara.

    “Lebih membuatkan saya kecewa apabila membaca perkongsian seorang individu di laman sosial yang tak habis-habis menyalahkan orang lain dalam kes COVID-19 ini, sampai ada yang kata Sabah jadi punca kes meningkat.

    “Itu belum masuk isu politik lagi… sepatutnya dalam keadaan getir begini kita semua berganding bahu dan bekerjasama memutuskan rantaian jangkitan dan bukannya menunding jari menyalahkan antara satu sama lain,” katanya kepada wartawan.

    Zizi Kirana berehat dari menggunakan laman sosial kerana rimas dengan tindakan warganet yang berbalah mengenai penularan COVID-19 di Malaysia. – Agensi

    Zizi menjauhkan diri daripada menggunakan semua aplikasi laman sosial dan membukanya semula pada awal minggu lalu.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Eh ini berkata dia memilih berehat daripada media sosial kerana teringat nasihat yang disampaikan oleh mentornya iaitu komposer Malique.

    “Saya teringat pesanan abang Malique, kalau rasa stres atau serabut cuba tutup laman sosial… berehat sekejap!

    “Rehat dan tenangkan diri, mengadu dan bercerita dengan tuhan. Saya guna nasihat itu dan cuba jauhkan diri daripada laman sosial buat sementara waktu, ternyata ia sedikit sebanyak membantu meredakan keresahan ini.

    “Dalam keadaan sekarang ni nak mengadu dengan keluarga… mereka pun tengah susah dan berada jauh di Sabah. Kawan-kawan pun ada masalah sendiri, jadi sekarang ini yang terbaik mengadu pada Allah,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda