Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Zizi Kirana gementar balik rumah mertua

    Tahun pertama menyambut raya sebagai seorang isteri, penyanyi Zizi Kirana berkata ia bagaikan dalam satu babak drama yang betul-betul terjadi dalam dirinya.

    Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 37, teruja untuk merasai pengalaman baharu itu dan pastinya tidak sabar untuk mencium tangan suami di pagi raya.

    “Selalunya hanya tengok drama di televisyen sahaja bagaimana isteri menyediakan persiapan raya untuk suami. Kali ini saya pula yang lalui.

    “Maklumlah tahun pertama sebagai isteri… rasa seronok nak buat semua perkara. Tak sabar juga dapat bersalaman dan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama nanti,” katanya kepada wartawan.

    Sementara itu, bercakap tentang pemilihan destinasi menyambut raya, Zizi akan pulang ke kampung suami di Melaka sebelum ke Sabah bersama ahli keluarganya pula.

    Dalam keterujaan itu, isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin ini mengakui gementar menyambut raya bersama keluarga mertua dan perasaan itu tidak sama seperti mahu membuat persembahan pentas.

    “Tahun ini saya akan beraya di kampung suami di Melaka. Kami ambil jalan mudah untuk raya di tempat yang dekat dahulu sebelum pulang bersama keluarga saya di Sabah.

    “Gementar juga nak sambut raya dengan mertua. Perasaan takut itu tak sama macam nak buat persembahan pentas. Rasa yang tak boleh nak bayangkan… teruja dan gementar,” ujarnya. – Agensi

    Zizi Kirana pertama kali sambut Syawal tahun ini sebagai seorang Isteri. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...