Zizi Kirana seronok sediakan bekal untuk suami setiap hari

Genap sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi, Zizi Kirana berkata dia bahagia melayari alam perkahwinan bersama suami yang juga pelakon, Yusuf Bahrin.

Menurut Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, aktiviti hariannya berubah selepas berkahwin kerana perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Sekejap sahaja dah sebulan kami berkahwin, sejujurnya memang seronok. Sebelum ini urus diri sendiri saja, sekarang ini kena buat semua kerja berdua, sudah menjadi rutin sediakan bakal makanan untuk Yusuf. Pagi-pagi sudah sibuk di dapur.

“Alhamdulillah Yusuf tidak cerewet tentang makanan, apa sahaja yang saya masak dia akan makan. Tambahan lagi, dia makan makanan diet, tak susah nak sediakan. Ada hari yang saya sibuk dan perlu bergegas untuk bekerja, dia pula yang masak.

Zizi dan Yusuf Bahrin, 29, dengan sekali lafaz di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 19 September lalu. Pernah meluahkan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah selepas disatukan sebagai suami isteri, penyanyi lagu Eh ini memberitahu dia sedang mencari waktu sesuai untuk merealisasikan impiannya itu.

“Alhamdulillah seronok dengar sudah boleh buat umrah, memang ada perancangan hendak pergi, sekarang ini pun tengah intai-intai agensi perjalanan yang boleh uruskan dengan cepat. – Agensi

Genap sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi, Zizi Kirana berkata dia bahagia melayari alam perkahwinan bersama suami yang juga pelakon, Yusuf Bahrin. – Agensi