Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zizou tidak terdesak turunkan Bale

    MADRID, 31 Jan – Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane mengakui bahawa dia tidak perlu terlalu tergesa-gesa untuk mengembalikan Gareth Bale yang ketika ini diselubungi kecederaan jangka panjang pada buku lalinya, ketika juara Eropah itu terus melebarkan jurang mata di puncak La Liga.

    Skuad Galacticos telah menewaskan Real Sociedad 3-0 hasil jaringan Mateo Kovacic, Cristiano Ronaldo dan pemain gantian, Alvaro Morata untuk selesa mendahului empat mata mengatasi Barcelona dan Sevilla dengan kelebihan satu perlawanan.

    Bintang Wales itu diketepikan sejak mengalami kecederaan ligamen buku lali November lalu dan dijangka tidak dapat beraksi sehingga Mac ini.

    Gareth Bale (duduk) diketepikan sejak mengalami kecederaan ligamen buku lali dan dijangka tidak dapat beraksi sehingga Mac ini. - AP
    Gareth Bale (duduk) diketepikan sejak mengalami kecederaan ligamen buku lali dan dijangka tidak dapat beraksi sehingga Mac ini. – AP

    Bagaimanapun, Zidane tetap mengharapkan Luka Modric dan James Rodriguez dapat diturunkan bagi pertembungan dengan Celta Vigo hujung minggu ini.

    “Berkemungkinan besar Luka dapat kembali minggu hadapan. Kita akan teliti keadaannya minggu ini dan begitu juga untuk James,” kata Zidane.

    “Gareth memerlukan lebih masa untuk kembali bersama pasukan. Tetapi ada petanda positif apabila dia sudah mula berlatih. Apapun, kita perlu memberikannya masa untuk benar-benar pulih.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda