Zlatan berlatih dengan kelab Sweden

STOCKHOLM, 10 APRIL – Penyerang AC Milan Zlatan Ibrahimovic telah kembali berlatih dengan kelab Sweden, Hammarby, kelab yang sebahagian miliknya, dengan pandemik koronavirus masih membelenggu Itali, telah mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya.

Akbar Itali, Gazzetta dello Sport melaporkan Ibarhimovic, 38 tahun, akan memilih sama ada menyambung kontrak bersama Milan yang mana akan tamat pada hujung musim ini.

Presiden pasukan yang berpangkalan di Sweden, Richard Von Yxkull berkata keputusan terletak di tangan penyerang tersebut, yang telah membuat penampilan sebanyak 116 kali untuk negaranya sebelum bersara dari tugasan antarabangsa pada tahun 2016.

“Ia adalah mengenai bagaimana Zlatan melihat masa hadapan dan apa yang dia mahu lakukan,” kata Von Yxkull kepada akhbar Dagens Nyheter.

Awal April lalu, pemenang liga Sepanyol, Itali, Perancis dan Belanda tersebut berkata dia mahu terus bermain sebelum bersara.

“Saya mahu belajar sesuatu yang baharu dalam bola sepak, dari sudut yang berbeza. Saya akan memberi sumbangan dari tepi padang, bukan di dalam padang,” beritahunya kepada akhbar Svenska Dagbladet. Kehadiran terakhir Ibrahimovic adalah ketika tewas kepada Genoa pada 8 Mac.

Semua aktiviti bola sepak Itali telah digantung kerana koronavirus. – AFP

Penyerang AC Milan telah kembali berlatih dengan kelab Hammarby, dan telah mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya. – AFP