Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Zlatan pecah rekod penjaring tertua Serie A

    MILAN, 19 MAC – Zlatan Ibrahimovic kini memegang gelaran penjaring tertua dalam sejarah Serie A, namun gagal mengelak AC Milan daripada kekalahan 3-1 ke atas Udinese, kelmarin.

    Ibrahimovic, 41, memulakan perlawanan untuk Milan buat kali pertama sejak Januari tahun lalu dan menyempurnakan sepakan penalti selepas kedua percubaan semasa waktu kecederaan separuh masa pertama untuk menjadikan kedudukan 1-1 susulan gol pembukaan oleh Roberto Pereyra pada minit kesembilan.

    Namun ia tidak cukup memadai untuk menghalang Milan, yang menghuni tangga keempat, daripada mencatat kekalahan keempat di gelanggang lawan dalam lima pertemuan dan terlepas peluang untuk berada di kedudukan kedua dalam liga.

    Pasukan kendalian Stefano Pioli kekal berada di tangga keempat, dua mata di belakang seteru rapat Inter Milan, yang berada di kedudukan kedua dalam perebutan slot Liga Juara-Juara.

    Mereka akan tersingkir daripada tempat empat teratas sekiranya Roma melakar kemenangan ke atas Lazio hari ini, sementara Inter berdepan ujian sengit bertemu Juventus, yang berharap dapat mencuri mata daripada seteru mereka untuk beraksi di Liga Juara-Juara.

    “Apabila pasukan bermain seperti ini, ia bermakna jurulatih tidak melakukan tugasannya dengan baik. Cara kami bermain ini tidak memenuhi standard kami,” Pioli memberitahu Sky. – AFP

    Reaksi Zlatan Ibrahimovic selepas menyempurnakan sepakan penalti semasa bertemu Udinese di Stadium Friuli, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...