Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Zoey Rahman pernah menangis depan ibu?

    Pernah beberapa kali gagal dalam perniagaan yang diusahakan, pelakon Zoey Rahman berkata dia kembali bangkit selepas menerima kata-kata semangat daripada ibu tercinta.

    Zoey atau nama sebenar Mohd Hairey Abdul Rahman, 37, mendedahkan dia pernah menangis di hadapan ibunya iaitu Azizah Ibrahim disebabkan perniagaan yang dilakukan tidak mendapat sambutan.

    “Ramai tak tahu sebelum saya terkenal dengan perniagaan sekarang ini, saya pernah buat pelbagai bisnes lain lagi pada tahun 2016. Saya pernah jumpa mak, mengadu dan menangis sebab tak ada orang beli baju yang saya jual, bayangkan stok bertimbun di pejabat.

    “Saya bawa stok baju itu dan jual di Terengganu, saya buka gerai jualan di sana. Sebelum itu mak saya memang ada jual tudung di bazar Ramadan, jadi saya dapat bantu dia berniaga sekali namun ada orang tanya saya tak malu ke lelaki jual tudung? Bagi saya tak perlu malu sebab kita buat benda betul, nak bantu keluarga!

    “Alhamdullillah, selepas melalui pelbagai dugaan, akhirnya hari ini saya dapat mengecap kejayaan atas semangat daripada ibu. Saya ingat lagi pesanan mak, butakan mata dengan halangan di depan dan pekakkan telinga dengan kata-kata cacian. Itulah penguat untuk saya terus bangkit,” katanya kepada wartawan.

    Bangkit dari kegagalan, Zoey menerima sokongan kuat daripada ibu dan keluarga. – Agensi

    Dalam pada itu, pengasas produk kosmetik Mika Series ini mengakui berpuas hati apabila kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil dan dia dapat membalas semula jasa ibu dan ayahnya itu.

    “Dalam perniagaan ni tak boleh cepat putus asa. Mungkin awalnya agak berliku tapi hujungnya pasti ada kejayaan.

    “Tapi ingatlah walaupun kita dah berjaya, keluarga jangan lupa sebab mereka adalah kunci kejayaan dan tulang belakang kita.

    “Saya sendiri sebelum ini banyak kali gagal. Apabila saya beritahu ibu dan bapa saya berjaya capai matlamat, mereka orang paling gembira mendengar berita yang kita kongsi itu,” ujarnya.

    Sebelum ini menerusi laporan wartawan pada tahun 2020, Zoey pernah menghadiahkan ibunya sebuah kondominium bernilai setengah juta ringgit.

    Pelakon drama Cik Sempurna ini bagaimanapun berkata hadiah itu tidaklah terlalu mahal jika dibandingkan dengan kasih sayang yang diberikan oleh orang tuanya itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...