Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Zoey Rahman tidak ingin kecoh soal dirikan rumah tangga

    Mengakui sedang berkawan rapat dengan pelakon baharu Shakira Stephen, Zoey Rahman juga tidak menolak jika wanita itu adalah jodohnya.

    Bagaimanapun Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Abdul Rahman, 37, tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi dan hanya berserah kepada ketentuan takdir.

    “Kami berkawan baik dan saya telah lama kenal dia. Namun hubungan kami terputus seketika dan baru-baru ini kembali rapat semula.

    “Saya selesa berkawan dengan dia. Kami sering keluar bersama dan meluahkan perasaan antara satu sama lain. Jika dia adalah jodoh saya tidak menolak, namun tidak mahu cakap lebih kerana bimbang tidak jadi pula nanti,” ujarnya kepada mStar.

    Zoey sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Zarina Anjoulie namun hubungan mereka tidak berkekalan.

    Zoey Rahman mengakui rapat dengan pelakon baharu Shakira Stephen, Zoey juga tidak menolak jika wanita itu adalah jodohnya. – Agensi

    Disebabkan itu juga Zoey memilih untuk tidak terlalu bercakap soal perancangan ke arah mendirikan rumah tangga.

    “Saya dan Zarina tidak ada jodoh. Bagaimanapun kami masih berkawan baik dan selalu berhubung.

    “Sebelum ini kisah cinta menjadi perhatian namun ia tidak kesampaian. Jadi lebih baik saya tidak terlalu bercakap tentang perkara itu,” jelasnya.

    Dalam masa sama Zoey juga memberitahu dia tidak terdesak untuk segera mendirikan rumah tangga meskipun ibu bapanya sudah beberapa kali bertanyakan hal tersebut.

    Dia lebih memberi tumpuan kepada soal kerjaya dan perniagaan di samping mahu menggembirakan keluarga.

    “Memang ibu bapa ada bertanya soal kahwin, namun saya tidak terdesak ke arah itu.

    “Saya juga tidak kisah jika dikatakan bujang terlajak kerana zaman sekarang ini hanya orang yang berfikirkan kolot sahaya merasakan tidak berkahwin adalah satu masalah.

    “Lebih baik saya fokus kepada kerjaya dan menggembirakan keluarga,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...