Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Zoey suntik botox?

    Hari demi hari, wajah pelakon dan pengacara, Zoey Rahman, 37, semakin berubah. Ada pula warganet menuduhnya membuat pembedahan hidung dan wajah, selebihnya mendakwa dia melakukan suntikan botox.

    Namun, pemilik nama Mohd Hairey Azhar Abd Rahman itu sudah lali dengan pelbagai tuduhan warganet.

    Baginya, bukan perkara baharu apabila dituduh melakukan pembedahan mengubah wajah dan hidung.

    Terbaharu, tindakan Zoey berkongsi video tutorial solekan menggunakan produk jenamanya sekali lagi menjadi bualan. Apa yang mencuri perhatian bukanlah tutorial dilakukan, sebaliknya wajahnya yang kelihatan berbeza daripada sebelum ini.

    Namun, jejaka kelahiran Besut, Terengganu itu menafikannya, malah perubahan wajah mungkin disebabkan penapis atau filter digunakan dalam TikTok.

    Zoey menitik berat soal penjagaan wajah dan imej, apatah lagi kini bergelar usahawan kosmetik. – Agensi

    “Sebenarnya, saya menggunakan ‘filter’ dan ramai tahu dalam TikTok ada pelbagai jenis tapisan. Nak kuruskan atau menggemukkan muka semuanya boleh.

    “Tetapi, saya salah menggunakan tapisan. Saya baru balik dari Pulau Mabul, jadi wajah agak terbakar.

    “Malangnya, saya gunakan tapisan tidak kena dengan muka. Kalau tengok wajah saya secara berdepan, sama sahaja,” katanya kepada BH Online.

    Zoey berkata, dia sentiasa bersikap terbuka berdepan tuduhan melakukan pembedahan plastik.

    Bagi pengacara yang mula dikenali menerusi program kanak-kanak, Gerak Geri Gasing itu, dia juga harus jaga penampilan kerana itulah beza antara artis dan orang biasa.

    “Kita tahu pasaran artis adalah bakat dan rupa. Kalau ada rupa dan bakat, itu namanya pakej,” katanya

    Bagaimanapun, Zoey berkata, dia tidak terkesan, malah sikit pun tak terasa hati apabila warganet membuat perbandingan wajah dahulu dan sekarang.

    Zoey berkata, jika dahulu mungkin perasaannya sedih, tetapi sekarang, dia hanya baca dan ada masanya tergelak.

    “Sebab warganet tidak faham situasi sebenar, mereka main hentam sahaja,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...