Zoo sambut kelahiran anak panda

WASHINGTON, 23 OGOS – Sebuah zoo di Washington menyambut kelahiran anak beruang panda pada Jumaat.

Ibu panda berkenaan, Mei Xiang melahirkan anaknya itu pada 6:35 petang waktu tempatan.

“Kami gembira untuk berkongsi berita gembira bahawa Mei Xiang selamat melahirkan anaknya,” kata Smithsonian’s National Zoo di Twitter.

Orang ramai sebelum ini tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan proses kelahiran anak panda berkenaan.

Ia disiarkan menerusi penstriman langsung daripada kamera yang dipasang di kandang beruang panda berkenaan.

Mei Xiang, sebelum ini hamil menerusi permanian beradas menggunakan sperma panda jantan bernama Tian Tian, di zoo sama.

Sejak kedatangan beruang panda itu pada 2000, Mei Xiang sudah melahirkan tiga anak panda iaitu dua panda jantan, Tai Shan dan Bei Bei, masing-masing pada 2005 dan 2015. – AFP

Gambar fail menunjukkan beruang panda Mei Xiang berehat dalam kurungannya di Zoo Negara di Washington, DC. – AFP