SHANGHAI, 12 Jan – Juara dua kali tinju Olimpik, Zou Shiming Jumaat lalu mengalami masalah mata yang teruk dan mungkin akan menamatkan kerjayanya, menyatakan dengan tegas: “Saya masih diri saya.”
Pemain berusia 36 tahun itu, yang tewas perlawan pertama mempertahankan gelaran dunia World Boxing Organization (WBO) flyweight pada Julai lalu, memerlukan rawatan segera bulan lalu selepas tiba-tiba kehilangan penglihatan di mata kirinya.
Zou dan pasukannya berkata bahawa dia telah meninggalkan hospital di Shanghai dan terdapat peningkatan untuk penglihatannya, tetapi ia terlalu awal unutuk mengatakan jika dia akan kembali ke gelanggang tinju dan dia memerlukan lebih banyak rawatan.
Petinju itu dimasukkan ke hospital selepas menderita, apa yang dikatakan agensi berita Xinhua masalah dengan kedua-dua mata, termasuk fraktur pada orbital, terutama sekali di mata kirinya.
Pasukan Zou berkata pada Weibo, Twitter versi China: “Terima kasih kepada mereka yang mengambil simpati kepada saudara Ming dan terima kasih kepada kakitangan hospital untuk menjaganya.
“Dia keluar dari hospital untuk berehat dan sedang menunggu langkah seterusnya dalam pelan rawatannya.”
Mengemukakan mesej pada Weibo, Zou menulis: “Saya masih diri saya.”
Pasukan Zou memberitahu AFP bahawa terlalu awal untuk dikatakan apa rawatan selanjutnya, tetapi mengatakan bahawa dia tidak menjalani apa-apa pembedahan.
“Dia baru keluar dari hospital dan tinggal di rumah untuk pemulihan. Mata (kiri) Zou pulih sedikit tetapi masih tidak dapat dipanggil ‘sihat’,” kata seorang anggota pasukannya. – AFP