Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Zouma diejek, West Ham duduki tangga keempat EPL

    LONDON, 9 FEB – Kurt Zouma mula menyaksikan bantahan orang ramai mengenai insiden sepakannya terhadap seekor kucing ketika West Ham menang 1-0 ke atas Watford dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

    Gol separuh masa kedua Jarrod Bowen mengesahkan kemenangan untuk West Ham, yang naik ke tempat keempat di depan Manchester United, tetapi perkara utama adalah penyertaan Zouma.

    Pemain pertahanan Perancis itu dinamakan dalam barisan pemain utama walaupun video – dikongsi secara meluas di media sosial – menunjukkan dia menendang dan menampar kucing.

    West Ham sebelum ini berkata ia “mengutuk sepenuhnya tindakan pemain kami.”

    Peminat Watford yang menyasikan perlawanan tanpa henti mencemuh setiap aksi Zouma sambil melaungkan, antara lain, ‘RSPCA, RSPCA’ — merujuk kepada Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals.

    Bekas pemain West Ham, Joe Cole dan James Collins, berada pada perlawanan itu bekerja sebagai pakar media, merasakan kelab itu telah membuat kesilapan kerana tidak menghalang Zouma daripada bermain. – AP

    Aksi Kurt Zouma semasa membawa bola dalam perlawanan EPL antara West Ham United dan Watford kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...