Zuckerberg tetap pertahan Facebook

LONDON, 6 Dis – Ketua Facebook Mark Zuckerberg semalam menyekat e-mel yang menunjukkan syarikat media sosial itu menawarkan Netflix dan akses utama aplikasi popular lain dalam data orang walaupun selepas ia telah memperketatkan peraturan privasi.

Satu jawatankuasa parlimen Britain yang menyiasat sama ada syarikat gergasi media sosial itu sedang digunakan untuk memanipulasi keputusan pilihan raya telah menyiarkan 250 halaman dokumen dalaman Facebook awal semalam.

Mereka menunjukkan para eksekutif sedang mengadakan perbincangan mengenai syarikat besar seperti Netflix diberikan akses utama kepada data pengguna walaupun selepas Facebook telah memperketatkan peraturan privasinya pada 2014-2015.

Zuckerberg dipaparkan dalam satu e-mel dari tahun 2012 di mana beliau mempertimbangkan untuk menjual maklumat kepada pemaju.

E-mel tersebut dipaparkan dalam tindakan guaman yang difailkan ke atas Facebook di mahkamah California oleh pemaju aplikasi AS, Six4Three.

Mereka dirahsiakan oleh hakim tetapi dirampas oleh jawatankuasa Britain di bawah prosedur penguatkuasaan parlimen yang tidak pernah digunakan sebelum ini pada bulan lalu.

Zuckerberg berkata beliau menulis kerana beliau tidak mahu e-mel itu memberikan gambaran salah mengenai tindakan atau motif mereka. – AFP

Gambar fail pada 10 April 2018 menunjukkan Zuckerberg semasa memberikan keterangan di Washington mengenai isu Facebook. Parlimen Britain telah mendedahkan dokumen setebal 250 halaman yang menunjukkan Facebook mempertimbangkan untuk mengenakan caj kepada pemaju untuk akses data. – AP