Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zul Ariffin dah ‘rosak’

    Sepanjang hidupnya, pelakon Malaysia, Zul Ariffin memberitahu ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke Kelantan. Menurut Zul, 38, dia tidak pernah ke negeri berkenaan memandangkan tiada sebarang urusan penting selain tidak mempunyai saudara mara di sana.

    “Saya tidak pernah pergi ke Kelantan sebelum ini kerana tidak pernah ada urusan dan juga saudara mara di sana. Rasa nak berjalan ke sana pun tiada. Ini memang pertama kali seumur hidup saya,” katanya kepada mStar.

    Ditanya persepsinya ketika menjejakkan kaki ke negeri itu, Zul berkata Kelantan sama sahaja seperti negeri lain.

    “Bila sampai sana, okay sahaja. Sama sahaja macam saya balik ke Taiping. Tetapi selepas ini saya tidak datang dah ke sana (Kelantan), sebab tidak ada keperluan dah,” ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai content rawaknya di TikTok sehingga ada peminat yang melabelnya sudah ‘rosak’, Zul memaklumkan bahawa itu hanyalah sekadar untuk mempromosikan filem terbarunya iaitu Don Dukun.

    Kata Zul, dia terhibur membaca komen-komen peminat dan content sedemikian membuatkan orang ramai dapat melihat sisi lain dirinya.

    “Rosak itu sebenarnya untuk mempromosikan filem terbaru sahaja. Jadi saya okay sebab promosi filem ini bukannya selalu kan. Saya ikut sahaja apa budak muda arahkan sebab mereka tahu nak buat apa untuk trending.

    “Saya memang gelak bila baca komen-komen. Ada yang kata saya rosak, ada juga yang kata ini bukan barang yang dipesan, pulangkan semula duit mereka. Seronok sebenarnya,” tuturnya.

    Selain Zul, filem bergenre komedi seram itu turut dijayakan oleh Ropie, Datuk Yusof Haslam, Marsha Milan, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy dan ramai lagi. – Agensi

    Zul ikut sahaja apa yang diarahkan. – hibglam.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda