Zul dilantik jadi ahli Lembaga Pengarah ASWARA

Pelakon versatil, Zul Huzaimy Marzuki, 42, menyifatkan pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sejak 1 Mei lalu, sebagai amanah besar.

Zul bersedia memikul kepercayaan diberi Rektor ASWARA, Prof Madya Dr Sahar Sa’di Hashim, berikutan dia diamanahkan sebagai Presiden Persatuan Alumni ASWARA atau Beringin sejak tahun 2018.

Zul berkata, sejak dua tahun lalu, tiada individu dalam kalangan alumni dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah seperti dibuat institusi pengajian tinggi (IPT) lain. Sehubungan itu, perkara berkenaan disuarakan kepada Rektor ASWARA.

“Sejak itu, Prof Sahar melatih saya menguruskan majlis, menghadiri mesyuarat, melakukan gerak kerja dan mengurus tadbir sejak setahun lalu.

“Usaha Prof Sahar mendapat sokongan Ahli Lembaga Pengarah yang lain.” – Agensi