Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Zul kini suami penyanyi Intan Maya

    Selepas hampir empat tahun menduda, penyanyi dan komposer Zul (2by2) kembali mendirikan rumah tangga dengan Intan Maya yang juga seorang penyanyi dan pernah menganggotai kumpulan The Girls.

    Zul atau nama sebenarnya Zulkefli Majid, 50, berkata, perkenalan mereka bermula sekitar bulan April tahun lalu dan Maya adalah wanita yang berjaya membuatkan dirinya kembali bersemangat untuk bekerja selepas kegagalan rumah tangga sebelum ini.

    “Banyak persamaan antara kami, Maya mempunyai ciri-ciri wanita yang saya mahukan seperti pandai mengambil hati dan tahu untuk kawal keadaan. Dia juga pandai memasak.

    “Saya pernah rasa putus asa sebelum ini dan Maya memberi saya semangat untuk kembali bekerja. Dia melengkapi kekosongan dalam diri ini.

    “Kini saya rasa lebih tenang dan dihargai,” ujarnya kepada mStar.

    Pasangan ini diijab kabulkan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah masjid di Cheras baru-baru ini.

    Maya atau nama sebenarnya Intan Maya Sulaiman, 39, menerima mas kahwin berjumlah RM 22,222.22 sempena tarikh tersebut.

    Zul sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan kakak Tomok iaitu penyanyi Ismaliza Ismail dan dikurniakan lima orang cahaya mata. Manakala Maya pula mempunyai empat orang anak

    Zul (2by2) kembali mendirikan rumah tangga dengan Intan Maya pada sebuah majlis tertutup di sebuah masjid di Cheras baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...