Friday, December 9, 2022
22.3 C
Brunei

-

Zulfadhli juara musabaqah pegawai masjid senegara

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Awang Zulfadhli bin Haji Awang muncul johan dalam Pertandingan Membaca Ayat-ayat Suci Al-Quran antara Pegawai-pegawai Masjid Senegara kesembilan Tahun 1444H/2022M anjuran ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Omar ‘Ali Saifuddien dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid.

Sementara itu, tempat kedua telah dimenangi oleh Awang Shuif @ Syu’aib bin Haji Abdullah dan Awang Hazwan Hamizan bin Haminuddin di tempat ketiga.

Seramai 23 orang pegawai masjid telah menyertai pertandingan berkenaan yang berlang-
sung di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien selama dua hari dan berakhir hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya berkesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

Pertandingan tersebut diadakan untuk mempertingkatkan lagi mutu pembacaan Al-Quran bagi pegawai-pegawai masjid di negara ini khususnya seni pembacaan Al-Quran secara tilawah atau taranum.

Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim menyampaikan piala juara kepada Awang Zulfadhli.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -