Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Zulin Aziz selamat bergelar isteri

    Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz sah bergelar isteri kepada Farhan Norzaini kira-kira pukul 9:20 pagi kelmarin, 20 Februari.

    Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur iaitu Ehsan Mohd Hosni berwakil walikan abang kepada Zulin iaitu Shah Rezza Abdul Aziz.

    Dalam majlis tersebut, Zulin atau nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, menerima mas kahwin RM80, sebentuk cincin dan wang hantaran RM30,000. Pengantin perempuan menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

    Majlis pernikahan itu diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri keluarga terdekat. Sementara itu, Zulin mengucapkan syukur kerana majlis pernikahan mereka dipermudahkan dan berjalan lancar.

    “Syukur Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Kehadiran suami dua tahun lalu mengubah perjalanan kehidupan saya.

    Zulin Aziz sah bergelar isteri kepada Farhan Norzaini kira-kira pukul 9:20 pagi waktu tempatan, pada 20 Februari. – Agensi

    “Kami akhirnya disatukan setelah dua tahun bersama bermula sebagai kawan dan kini sebagai suami dan isteri,” kata Zulin.

    Difahamkan majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara Malaysia hari ini.

    Menerusi laporan mStar pada 28 Januari lalu, pasangan ini mengikat tali pertunangan dan memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 20 Februari. Zulin juga pernah memberitahu dia dan Farhan sudah lama berkenalan dan mereka sama-sama menguruskan perniagaan menjual makanan.

    Hujung tahun lalu pasangan ini bersama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci.

    Meskipun tiada sebarang kenyataan dari Zulin tentang hubungan mereka, peminat sudah mula menghidu apabila sering berkongsi ucapan romantis di media sosial. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...