Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zverev bawa pulang AS$355,460

    WASHINGTON, 7 Ogos – Alexander Zverev telah memberikan amaran kepada pesaing-pesaing utama ATP selepas memenangi Terbuka Citi bagi gelaran keempatnya tahun ini, menyatakan bahawa dia bukan generasi seterusnya, tetapi generasi sekarang.

    Jaguh tenis Jerman berusia 20 tahun itu telah menewaskan Kevin Anderson dari Afrika Selatan 6-4, 6-4 bagi merebut hadiah utama AS$355,460 (302,000 euro) dalam kejohanan pemanasan badan Terbuka AS di gelanggang keras Washington itu.

    Pemain nombor lapan dunia, Zverev hanya melepaskan sembilan mata dalam servisnya dan tidak pernah berdepan ‘break point’ dalam laluan menjadi pemain termuda memenangi empat gelaran ATP setahun, atau meraih mahkota Washington, sejak Juan Martin Potro dari Argentina melakukannya di usia 19 tahun 2008.

    Zverev mengucup trofi kejuaraan selepas menewaskan Kevin Anderson di Terbuka Citi. – AP
    Zverev mengucup trofi kejuaraan selepas menewaskan Kevin Anderson di Terbuka Citi. – AP

    “Saya sudah berkembang dengan banyak dalam beberapa bulan kebelakangan ini, di mana saya telah memenangi beberapa kejohanan,” kata Zverev. “Semakin lama kejohanan berlangsung, semakin bagus permainan saya. Saya harap ia berterusan begitu.”

    Zverev telah memenangi gelaran pertamanya September tahun lepas di St. Petersburg dan menambah trofi-trofinya tahun ini di Montpellier, Munich dan Rom, di mana dia menewaskan Novak Djokovic di final.

    Dia juga menewaskan pemain nombor empat, Stan Wawrinka di Miami dan mengetepikan Rafael nadal dalam pusingan ketiga Terbuka Australia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda