Zverev berjaya kalahkan Murray

INDIAN WELLS, 13 OKT – Alexander Zverev berjaya mengalahkan Andy Murray dalam pertembungan dua pemenang pingat emas Sukan Olimpik meskipun tali kasutnya terputus.

Pemain kelahiran Jerman berusia 24 tahun itu mara ke pusingan keempat, setelah bangkit dari ketinggalan dalam kedua-dua set untuk menundukkan pemenang pingat emas Olimpik dua kali, Murray 6-4, 7-6 (7/4) dalam kejohanan gabungan lelaki dan wanita di California.

“Saya gembira mengenai perlawanan tersebut, segalanya berjalan seperti dirancang,” kata Zverev. “Saya rasakan ia adalah perlawanan yang sangat menghiburkan. Perlawanan di peringkat tertinggi.”

Zverev memenangi pingat emas Sukan Olimpik baru-baru ini di Olimpik Tokyo dan bekas pemain nombor satu dunia, Murray berjaya meraih pingat emasnya sewaktu Sukan Olimpik London 2012 dan 2016 di Rio.

Pemain pilihan ketiga, Zverev bakal bermain menentang Gael Monfils dari Perancis yang berjaya menewaskan pemain dari Afrika Selatan, Kevin Anderson, 7-5, 6-2.

Murray dilihat kecewa semasa perlawanan dan menghempaskan raketnya selepas terlepas beberapa pukulan. Manakala Zverev dilihat lebih menumpukan perhatian dalam perlawanan ketujuh di set kedua apabila tali kasutnya terputus.

Dia turus bermain meskipun kasutnya membuat tidak seimbang namun terpaksa mengambil rehat yang panjang semasa perlawanan bagi menggantikan tali kasut yang baharu.

Zverev kemudian memenangi tiga daripada lima perlawanan seterusnya sehingga membawa kepada penentuan.

Zverev berada di hadapan 3-0 dalam set kedua penentuan, namun Murray bangkit untuk mengejar 4-5 sebelum Zverev berjaya memenangi perlawanan. – AFP

Aksi Zverev membuat pukulan semasa bermain menentang Andy Murray di Kejohanan Indian Wells, kelmarin. – AP