Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Zverev harapkan musim cemerlang 2022

    SYDNEY, 31 DIS – Alexander Zverev (gambar) mencatat musim terbaik dalam kerjayanya pada 2021 dan pemain nombor tiga dunia itu berkata hari ini dia merancang melakukan lebih baik pada tahun akan datang, bermula di Piala ATP.

    Jaguh Jerman itu memenangi kejuaraan Final ATP keduanya pada November, menghasilkan prestasi menakjubkan untuk menewaskan pemain nombor dua dunia Daniil Medvedev, justeru menambah kepada koleksi pingat emas Olimpik yang dimenanginya di Tokyo.

    Piala yang dimenangi di Turin adalah yang keenam untuk tahun ini dan dia ingin meneruskan momentum sehingga ke tahun hadapan, bermula dengan pertarungan pembukaan 2022 pada Ahad menentang pemain ke-12 Britain Cameron Norrie di Piala ATP di Sydney.

    “Ia adalah satu cabaran besar. Saya tahu kedudukan saya selepas beberapa perlawanan pertama,” katanya sebelum acara 16 pasukan itu, yang bermula esok.

    Zverev juga memenangi gelaran Final ATP pada 2018, namun mengharungi tahun 2019 yang hambar.

    Dia berkata dia telah mencatat kemajuan sebagai pemain dan individu sejak itu dan menjangka menjadi batu loncatan untuk musim yang lebih baik kali ini.

    “Saya lebih muda. Saya berusia 21 tahun pada musim 2019. Ia merupakan kejuaraan besar pertama saya pada Final ATP Nitto pada 2018,” kata Zverev.

    “Saya rasa saya pemain yang berlainan tetapi saya juga seorang individu berlainan. Saya mempunyai banyak pengalaman di gelanggang, begitu juga di luar gelanggang.

    “Kini saya tahu bagaimana mengendali media dengan lebih baik. Saya juga tahu bagaimana mengendali tekanan dengan lebih baik.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...