Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Zverev jalani pembedahan buku lali

    BERLIN, 8 JUN – Alexander Zverev menjalani pembedahan pada ligamen buku lali kanannya yang koyak berikutan kekecewaannya terpaksa menarik diri dari perlawanan separuh akhir Terbuka Perancis.

    Pemain nombor tiga dunia dari Jerman tersebut mengalami kecederaan itu ketika menentang Rafael Nadal dalam perlawanan set terakhir di Paris pada minggu lalu, menjerit kesakitan sebelum menarik diri daripada perlawanan tersebut.

    Pemain tersebut tidak memberitahu bila dia akan kembali beraksi di atas gelanggang, tetapi pastinya akan terlepas kejohanan Wimbledon, yang akan bermula pada 27 Jun ini. Manakala, Terbuka Amerika Syarikat (AS) akan bermula pada 29 Ogos ini.

    “Kita semua mempunyai perjalanan hidup tersendiri. Kejadian ini pula adalah sebahagian daripada kehidupan saya,” tulis Zverev kepada 1.8 juta pengikutnya dalam akaun Instagram kelmarin, sambil memuat naik gambarnya yang sedang terlantar di atas katil hospital.

    “Minggu hadapan, saya akan meraih kerjaya tertinggi dengan menduduki ranking kedua di dunia, tetapi pagi ini saya terpaksa menjalani pembedahan,” katanya.

    “Selepas pemeriksaan lanjutan di Jerman, kami menerima pengesahan bahawa ketiga-tiga ligamen pada buku lali kanan telah koyak,” tambahnya.

    Pemain tersebut juga menitipkan doa untuk kembali beraksi secepat mungkin, dengan memastikan kecederaan tersebut pulih sepenuhnya, dan untuk memulihkan kestabilan pada buku lalinya, pembedahan tersebut adalah satu-satunya keputusan yang terbaik.

    Zverev masih lagi menunggu peluang untuk merebut gelaran juara Grand Slam pertamanya, walaupun telah menjulang lima piala Masters dan dua kali pada kejohanan ATP. – AFP

    Alexander Zverev berjalan menggunakan topang dari gelanggang selepas tercedera dalam perlawanannya menentang Rafael Nadal pada 3 Jun lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...