Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Zverev puji keadilan siasatan ATP

    LONDON, 1 FEB – Alexander Zverev berkata ‘keadilan telah ditegakkan’ selepas ketua tenis kelmarin mengumumkan bahawa bukti tidak mencukupi untuk menyokong dakwaan penderaan rumah tangga terhadap bekas pemain nombor dua dunia asal Jerman itu.

    Lelaki berusia 25 tahun itu disiasat oleh badan yang dilantik oleh ATP pada Oktober 2021 berikutan dakwaan yang dibuat oleh bekas teman wanitanya, Olya Sharypova.

    Tetapi ATP, yang mengendalikan jelajah lelaki, berkata hasil siasatan tersebut bermakna ia tidak akan mengambil sebarang tindakan tatatertib.

    Zverev, yang musim 2022nya berakhir apabila dia cedera pada ligamen buku lali di Terbuka Perancis, berkata dia telah menafikan dakwaan tidak ber-asas dari awal dan kini akan memberi tumpuan kepada kerjayanya.

    “Keputusan ini menandakan siasatan pihak ketiga telah menyemak semua maklumat yang berkaitan dan membuat keputusan yang jelas mengenai perkara ini yang memihak kepada saya,” katanya dalam satu kenyataan.

    “Sebagai tambahan kepada siasatan bebas ATP, saya juga telah memulakan prosiding mahkamah di Jerman dan Rusia, yang mana kedua-duanya berkeputusn berpihak kepada saya.”

    Zverev, yang mara ke pusingan kedua Terbuka Australia baru-baru ini, telah jatuh ke tangga ke-14 dalam ranking dunia selepas menghadapi masalah kecederaan.

    “Saya bersyukur kerana perkara ini akhirnya dapat diselesaikan dan keutamaan saya sekarang ialah pulih daripada kecederaan dan menumpukan perhatian kepada perkara yang paling saya sukai di dunia ini iaitu tenis.” – AFP

    Alexander Zverev secara konsisten menafikan semua dakwaan yang dibuat terhadapnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...