Zverev rangkul gelaran Final ATP

TURIN, ITALI, 22 NOV – Alexander Zverev merangkul kejuaraan ATP Finals keduanya selepas mempamerkan persembahan mantap menewaskan pemain nombor dua dunia, Daniil Medvedev 6-4, 6-4 pada perlawanan akhir kelmarin di Turin.

Zverev, pemenang pingat emas perseorangan Olimpik di Tokyo, memenangi trofi keenam jelajahnya musim ini dan menamatkan lima kekalahan berturut-turut kepada juara bertahan Medvedev.

Pilihan ketiga Jerman itu memenangi mata penentu dalam setiap set apabila dia mengetepikan pemenang Terbuka AS, Medvedev dalam masa 75 minit untuk menambah mahkota penghujung musim yang dimenanginya pada 2018.

“Ia hebat, saya memenangi pusingan akhir ATP menentang seseorang yang saya tewas sebanyak lima kali berturut-turut jadi saya terpaksa bermain salah satu perlawanan terbaik saya,” kata Zverev.

“Saya gembira dengan itu dan bersedia untuk bercuti dengan kemenangan ini sekarang.”

Zverev akan melangkau perlawanan akhir Piala Davis yang akan berlangsung di Madrid, Turin dan Innsbruck dari 25 November hingga 5 Disember.

“Tiada cara yang lebih baik untuk menamatkan musim selain daripada menang di sini jadi jelas sekali saya sangat gembira. Tetapi saya kini sangat menantikan tahun depan,” katanya.

“Ia sangat istimewa, saya sangat teruja dan sangat gembira sekarang.”

Acara tahun ini terlepas kedua-dua Roger Federer dan Rafael Nadal, pusingan akhir ATP membuktikan peringkat penembusan untuk generasi baharu tenis dengan Grand Slam masih jauh di luar jangkauan mereka. – AFP

Reaksi pemain Jerman, Alexander Zverev meraikan bersama piala selepas menang menentang Daniil Medvedev dalam perlawanan peringkat akhir ATP kelmarin. – AFP