Zverev sedia bersaing di London

MILAN, 8 Nov – Bintang yang semakin menyerlah Alexander Zverev ‘singgah’ untuk memukul beberapa biji bola ketika pertandingan Next Gen ATP Finals memperkenalkan idola-idola masa depan dan inovasi tenis yang sedang dijalankan di Milan semalam.

Zverev, 20, seharusnya berada di kalangan barisan pemain bawah 21 tahun versi ATP Tour Finals tetapi musimnya yang mengejutkan sudah memastikannya menempah tempat untuk beraksi dengan pemain-pemain besar di London.

Dia mencatatkan lima gelaran pada tahun 2017, mengetepikan pemain seperti Novak Djokovic dan Roger Federer. Satu-satunya pemain yang selamat adalah Rafael Nadal yang menewaskan bintang dari Jerman itu sebanyak dua kali.

“Menentang sebahagian lapan pemain terbaik dunia adalah terlalu istimewa,” kata Zverev mengenai cabaran minggu depan di London itu. “Ia akan menjadi satu pengalaman yang luar biasa selepas banyak ‘kali pertama’ tahun ini.” – AFP