Zverev sumbang emas untuk Jerman

TOKYO, 1 OGOS – Alexander Zverev berjaya menewaskan Karen Khachanov dalam straight sets hari ini untuk merebut kejuaraan perseorangan lelaki di Olimpik dan memenangi pingat emas pertama Jerman dalam sukan tenis sejak 1992.

Pemain pilihan keempat, yang memusnahkan harapan Novak Djokovic untuk meraih Golden Grand Slam di peringkat separuh akhir, menghasilkan persembahan dominan untuk menang 6-3, 6-1 selepas hanya 79 minit berada di gelanggang.

Zverev menjadi satu-satunya pemain Jerman kedua untuk memenangi pingat emas perseorangan Olimpik selepas Steffi Graf pada 1988, sementara Boris Becker dan Michael Stich berjaya membawa pulang pingat emas dalam kategori beregu empat tahun kemudian.

Pemain dunia ranking kelima itu masih menantikan kejuaraan sulung Grand Slam selepas beberapa kali terlepas, termasuk ketika tewas di tangan Dominic Thiem meskipun mendahului perlawanan pada tahun lalu di final Terbuka AS.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu mampu menambah kejuaraan dalam kejayaan final ATP 2018 dan empat kejuaraan Masters.

Khachanov kembali beraksi dengan baik di Tokyo selepas beberapa minggu lalu mara ke peringkat suku akhir di Wimbledon, tetapi perlawanan tersebut ternyata terlalu hebat buatnya.

Zverev bermain dengan mudah di final, meraih enam ace dan berjaya menundukkan lawannya.

Dia meraih mata pertama di perlawanan ketiga dan berjaya menyelamatkan break point penting untuk terus mendahului 4-2.

Zverev tidak berdepan sebarang tekanan sejak itu dan meraih set point pada perlawanan kesembilan.

Dia membuat penampilan cemerlang di set pembukaan ketika pukulan Khachanov tersasar keluar. – AFP

Reaksi Alexander Zverev semasa berada di podium setelah meraih pingat emas menerusi kategori perseorangan lelaki di Olimpik Tokyo. – AFP