Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zynakal mohon maaf muat naik foto tanpa kebenaran

    Tindakan penyanyi Zynakal berkongsi foto beberapa wanita di Instastory miliknya ditegur seorang pemilik gambar tersebut dalam laman Twitter.

    Tampil menjelaskan mengenai perkongsiannya itu, Zyn, 22, berkata foto resume yang dimuat naik itu merupakan sebahagian prop yang digunakan semasa penggambaran sebuah drama.

    “Benda ini agak klise, benda salah, kita buat salah. Saya nak minta maaf.

    “Tapi saya nak terangkan benda tu bukan daripada saya, itu prop dibuat untuk penggambaran,” katanya menerusi satu rakaman pendek permohonan maaf dibuat menerusi akaun Instagram miliknya pada pagi Selasa.

    Sebelum itu, seorang pengguna Twitter menegur penyanyi lagu Sakit ini kerana memuat naik fotonya tanpa kebenaran.

    Zyn minta maaf kerana telah memuat naik foto tanpa kebenaran selepas ditegur oleh pemilik foto. – Agensi

    Wanita itu turut meminta Zyn memadam foto berkenaan secepat mungkin kerana tindakan tersebut salah dan tidak beretika.

    “Rasanya tak perlu ambil gambar orang tanpa izin untuk buat ‘content’. Tak kisahlah awak artis atau siapa-siapa.

    Please ada common sense sikit, saya harap dia boleh padam story Instagram ni,” tulis seorang pemilik akaun di Twitter.

    Sementara itu, Zyn memohon maaf kerana mengabaikan teguran tersebut kerana semasa kejadian dia berada di kawasan tiada liputan Internet.

    “Bukan saya sengaja biarkan foto itu di Instagram, macam saya cakap tak ada line dan kalau ada line saya mesti take down dan minta maaf.”

    “Saya baru saja balik penggambaran dan ada line telefon.

    “Tipulah masa memandu tu tak ada line tapi saya memang tengah memandu.

    “Sampai rumah baru buka telefon dan baru tengok notification, keluar benda macam ni, saya dah take down dan saya minta maaf,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda