Keriangan Aidilfitri masih dirasai

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Sekolah Bakti Dewa, Jerudong, hari ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di sekolah berkenaan.

Sambutan yang antara lain bertujuan untuk memeriahkan suasana Hari Raya sambil bergembira itu juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk menunjukkan bakat dan belajar untuk bersosialisasi di antara warga sekolah.

Majlis telah diserikan dengan persembahan nyanyian oleh kanak-kanak sekolah sambil menikmati hidangan yang masing-masing dibawa oleh guru-guru dan murid sekolah.

Antara guru dan murid-murid sekolah berkenaan yang hadir pada majlis itu.
Antara guru dan murid-murid sekolah berkenaan yang hadir pada majlis itu.