Wednesday, December 25, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kerjasama ibu bapa diperlukan bentuk kejayaan pelajar

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 26 Mei – Penubuhan persatuan ibu bapa dan guru di Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET) adalah penting kerana ia memainkan peranan dalam meningkatkan motivasi pelajar dalam bidang akademik dan juga membantu dalam memantau mereka secara keseluruhan termasuk kesejahteraan dari segi mental, fizikal dan rohani.

    Perkara tersebut ditekankan oleh Pengetua PTET, Hajah Murni binti Abdullah semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Pembubaran serta Pelantikan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (AJK PIBG) bagi sesi Tahun 2017/2018 yang diadakan di pusat berkenaan, di sini.

    Seramai enam orang terdiri daripada ibu bapa telah terpilih menerusi undian daripada ahli-ahli persatuan. Mereka ialah Haji Amit bin Haji Omar, Dayang Norfah binti Esok, Khoo Soon Ming, Haji Kartolo bin Haji Abang, Haji Kamaluddin bin Haji Sabtu dan Haji Rosli bin Haji Karim.

    Haji Amit yang baru saja dilantik sebagai pengerusi PIBG Sesi 2017/2018.
    Haji Amit yang baru saja dilantik sebagai pengerusi PIBG Sesi 2017/2018.

    Sementara itu, bekas Pengerusi PIBG, Awang Abdul Kani bin Abdullah semasa majlis tersebut menjelaskan bahawa dengan tertubuhnya PIBG, ia secara tidak langsung dapat mengalu-alukan kerjasama daripada ibu bapa dan guru-guru dalam melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.

    Beliau dalam pada itu juga berharap PIBG akan terus dapat memberi kerjasama dalam sama-sama mencorak kejayaan anak-anak mereka di masa akan datang. Majlis juga diselajurkan dengan undian bagi pencarian AJK PIBG yang baru bagi sesi Tahun 2017/2018.

    Keputusan undian tersebut telah diumumkan oleh Awang Abdul Kani, di mana Haji Amit telah dipilih sebagai pengerusi PIBG, manakala AJK PIBG terdiri daripada ibu bapa yang terpilih.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda