Wednesday, December 25, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 100 pelajar PTET diraikan dalam majlis khatam

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 22 Sept – Lebih 100 orang pelajar Menengah Enam Atas bagi Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET) yang telah berjaya menamatkan bacaan 30 Juzuk Al-Quran telah diraikan pada Majlis Khatamul Quran yang diadakan di Dewan Serba Guna PTET, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu khas di majlis itu ialah, Pemangku Pengarah Jabatan Peperiksaan Kementerian Pendidikan, Awang Ali Hazis bin Haji MohdTahir.

    Menurut Ketua Jabatan Pengajian Islam, PTET, Awang Mohammad Noorerwan bin Haji Yahya, Majlis Khatamul Quran ini merupakan kesinambungan dari Program ‘Hubbul Quran’ yang merupakan salah satu inisiatif pihak pentadbiran sekolah dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam, PTET sejak tahun 2013.

    Program Khatamul Quran bagi pelajar-pelajar menengah enam atas bagi tahun 1438H/2017M adalah salah satu aktiviti tahunan sekolah yang diungkayahkan oleh Jabatan Pengajian Islam, PTET dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar dan Pembimbing Rakan Remaja.

    Pelajar-pelajar lelaki yang menyertai dalam Majlis Khatam Al-Quran bergambar ramai bersama tetamu khas.

    Program yang sering diadakan sebelum tibanya Peperiksaan ‘A’ Level itu dibukakan kepada semua pelajar menengah enam atas yang beragama Islam.

    Antara lain objektif Khatamul Quran ini dijalankan ialah bagi menyahut seruan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berhasrat menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.

    Selain itu, ia juga bertujuan bagi menjadikan generasi muda dan belia khususnya para pelajar sekolah untuk celik Al-Quran, di samping dapat melahirkan insan bertakwa dengan ajaran Islam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda