Wednesday, March 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri KKBS terima kunjungan hormat

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli.

    Pada kunjungan yang berlangsung di Pejabat Menteri di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) itu, perbincangan dua hala juga diadakan.

    Menurut kenyataan KKBS, kedudukan geografi Negara Brunei Darussalam dan Wilayah Persekutuan Labuan mendorong kepada perbincangan dua hala di antara Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi dan Datuk Rozman yang mana di bawah rangka bahawa Teluk Brunei pemangkin hubungan erat Negara Brunei Darussalam dengan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak.

    Pada perjumpaan itu juga, kedua-dua pihak produktif dalam bertukar-tukar pandangan untuk memajukan bidang kebudayaan, kebeliaan, kesukanan dan kemasyarakatan dan pertaliannya dengan pelancongan yang akan menguntungkan kedua-dua pihak.

    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi (kanan) semasa menerima kunjungan hormat daripada Datuk Rozman.
    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi (kanan) semasa menerima kunjungan hormat daripada Datuk Rozman.

    Di samping itu, perjumpaan turut membincangkan cadangan program dan aktiviti yang dapat merapatkan hubungan yang sedia ada terutama di peringkat akar-umbi antaranya melalui inisiatif ‘inter-family’ dan program pertukaran generasi muda serta sukan untuk perpaduan dan keamanan.

    Yang Berhormat Pehin turut menawarkan Wilayah Persekutuan Labuan untuk meninjau lebih dekat dan kerap kemudahan-kemudahan yang banyak di Negara Brunei Darussalam untuk dimanfaatkan oleh rakyat Wilayah Persekutuan Labuan.

    Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah setiausaha-setiausaha tetap di KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Haji Noor Jusmin bin Haji Abd Samad serta pegawai-pegawai kanan KKBS.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda