Wednesday, December 25, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peluang memahami pembelajaran di S’pura

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 9 Ogos – Delegasi seramai 12 orang pelajar bersama tiga orang pensyarah dari Pusat Tingkatan Enam (PTE) Tutong, baru-baru ini, telah mengikuti Program Pertukaran (Twinning Programme) Pendidikan di Tampines Junior College (TPJC), Singapura yang berlangsung selama lima hari.

    Program Pertukaran PTE Tutong dan Tampines Junior College itu merupakan salah satu program di bawah memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam bersama Kementerian Pendidikan Singapura.

    Sepanjang berada di Singapura, dari 31 Julai hingga 4 Ogos, pelajar-pelajar PTE Tutong berpeluang merasakan pengalaman belajar mengikut sistem pendidikan Singapura dan seterusnya berkomunikasi bersama pelajar-pelajar dan guru-guru di sana. Manakala itu, pensyarah-pensyarah PTE Tutong yang terlibat pula berpeluang memerhatikan pengajaran mengikut subjek yang mereka ajarkan.

    Delegasi PTE Tutong berpeluang melawat Gardens by the Bay, Singapura.
    Delegasi PTE Tutong berpeluang melawat Gardens by the Bay, Singapura.

    Pensyarah-pensyarah PTE Tutong yang terdiri daripada Awang Azrin bin Haji Bolhassan, Dayang Nur Adyani binti Haji Yusop dan Onn Chee Sheng juga berpeluang membuat konsultasi bersama kumpulan lain yang menunjukkan guru-guru di TPJC amat peduli terhadap pelajar-pelajar mereka.

    Selain itu, rombongan juga berkesempatan melawat ke beberapa tempat menarik di Singapura antaranya Chinatown, Little India, Kampong Glam, Arab Street, Gardens by the Bay, Marina Barrage, Merlion Park, Galeri Urban Redevelopment Agency (URA), Muzium Peranakan dan Muzium Negara di Singapura.

    Rombongan turut berpeluang mengenal kepelbagaian budaya di Singapura di samping mengenali Singapura sebagai sebuah tempat pelabuhan yang kecil pada tahun 1950 dan kini telah berkembang pesatnya sebagai sebuah negara yang maju.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda