Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesta Pengguna ke-20 buka tirai

    Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi semasa hadir di majlis itu.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jan – Pesta Pengguna ke-20 yang dinanti-nantikan ramai telah membuka tirainya kelmarin di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas di mana ia akan berlangsung selama lima hari hingga 28 Januari.
    Perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku tetamu kehormat majlis.
    Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif D’Sunlit Sdn Bhd, Dato Paduka Haji Danial bin Haji Hanafiah, Pengarah Urusannya, Jackson Ting, duta-duta besar luar negara ke Negara Brunei Darussalam, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan kongsi Pesta Pengguna ke-20 serta para jemputan khas yang lain. (Klik di sini untuk berita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda