Wednesday, December 25, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PTE Tutong lantik 60 pemimpin pelajar baru

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 10 Mei – Pusat Tingkatan Enam (PTE) Tutong, kelmarin, telah mengadakan Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar Baru bagi sesi Tahun 2017/2018 di Dewan Serba Guna, PTE Tutong.

    Seramai 60 orang pelajar telah dilantik dan diberi kepercayaan menjalankan tugas iaitu 30 dipilih bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan 30 lagi bertanggungjawab sebagai Pembimbing Rakan Remaja (PRR) sesi Tahun 2017/2018.

    Awang Mohd Riyanulaiman Effendy bin Mohd Yazid telah dipilih menjadi Yang Di-Pertua MMP bagi sesi 2017/2018 dan Awang Mohammad Ammar Syahmii bin Alim pula dilantik sebagai Pengerusi PRR sesi 2017/2018.

    Hadir bagi melantik MPP dan PRR tersebut ialah Pengetua PTE Tutong, Hajah Murni binti Abdullah.

    Antara ahli-ahli baru yang dilantik sebagai MPP dan PRR bagi sesi Tahun 2017/2018.
    Antara ahli-ahli baru yang dilantik sebagai MPP dan PRR bagi sesi Tahun 2017/2018.

    Di majlis tersebut, Hajah Murni semasa menyampaikan ucapannya melahirkan harapan agar pelajar-pelajar yang dilantik sebagai MPP dan PRR tersebut akan dapat menggambarkan peribadi yang kuat, bermoral dan mempunyai sikap rohani, serta mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.

    Selain itu, ahli-ahli baru yang dilantik itu juga diharap akan dapat menjadi contoh tauladan kepada pelajar-pelajar PTE Tutong yang lainnya dengan menggalakkan rakan-rakan mereka bekerja keras dalam mencapai akademik yang cemerlang di samping aktif dalam sukan dan memberi khidmat kepada masyarakat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda