Wednesday, December 25, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PTE Tutong terima 210 pelajar baru

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 27 Feb – Pusat Tingkatan Enam (PTE) Tutong telah menerima kemasukan baru seramai 210 pelajar Tahun 12 yang memulakan orientasi mereka baru-baru ini sehingga 1 Mac, di Dewan Serba Guna, PTE Tutong.

    Pelajar-pelajar berkenaan terdiri daripada 79 pelajar lelaki dan 131 pelajar perempuan merupakan bekas pelajar dari sekolah-sekolah menengah kawasan Daerah Tutong terdiri daripada pelajar-pelajar dari sekolah sektor kerajaan dan swasta.

    Menurut kenyataan PTE Tutong, pada tahun ini, jumlah kemasukan pelajar menunjukkan sedikit peningkatan berbanding dua tahun lalu iaitu seramai 194 kemasukan pelajar pada tahun 2016 dan 199 pelajar pada tahun 2015. Hadir mengalu-alukan kedatangan pelajar baru berkenaan ialah Pengetua PTE Tutong, Hajah Murni binti Abdullah.

    Hajah Murni dalam ucapan alu-aluannya berkata, pada tahun ini, seramai 124 pelajar telah mengambil mata pelajaran Matematik yang merupakan jumlah tertinggi yang memilih mata pelajaran tersebut sebagai subjek ‘A’ Level mereka.

    Pelajar baru PTE Tutong semasa membaca ikrar pelajar.
    Pelajar baru PTE Tutong semasa membaca ikrar pelajar.

    Namun, beliau juga menekankan terhadap pentingnya subjek Bahasa Inggeris kerana subjek tersebut adalah salah satu kunci utama syarat-syarat kemasukan ke institusi pengajian tertinggi iaitu sekurang-kurangnya memperoleh minimum gred B dan kredit bagi English ‘O’ Level.

    Tambahnya lagi, PTE Tutong juga pada tahun akan datang, akan menawarkan subjek terbaru iaitu Travel and Tourism yang mana subjek tersebut akan ditawarkan di kebanyakan sekolah kerajaan dan swasta di negara ini.

    Sehubungan itu, bagi kecemerlangan para pelajar, Hajah Murni juga berharap perlunya kerjasama antara pensyarah-pensyarah, ibu bapa dan penjaga bagi memastikan pelajar-pelajar mereka memahami subjek-subjek yang dipelajari.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda