Wednesday, December 25, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PTET anjur Program Skill Brunei Vision 2035

    TUTONG, 20 Julai – Bersempena Bulan Bahasa Brunei 2017, Pusat Tingkatan Enam Tutong (PTET) melalui gabungan Jabatan Bahasa Melayu dan Jabatan Melayu Islam Beraja dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Program Skill Brunei Vision 2035 bertempat di Dewan PTET, di sini, kelmarin.

    Program yang bertemakan ‘Hari Perkongsian Ilmu dan Minggu Bahasa’ itu bertujuan untuk memperkasakan bahasa kebangsaan Negara Brunei Darussalam serta memupuk minat para pelajar khususnya terhadap Bahasa Melayu.

    Seramai 328 orang pelajar dan warga PTET termasuk guru-guru dan kakitangan menghadiri program berkenaan yang juga disertai oleh 50 orang wakil daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut.
    Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut.
    Pameran dan jualan buku dari Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Pameran dan jualan buku dari Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat sebelum diteruskan dengan pertukaran cenderahati antara pihak PTET dan Dewan Bahasa dan Pustaka yang disempurnakan di antara Timbalan Pengetua Pentadbiran, Awang Almasri bin Haji Sulaiman selaku wakil PTET dan Pemangku Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, Dayang Annisa binti Haji Moksin mewakili Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan antaranya kuiz, pameran, jualan buku-buku, silang kata Bahasa Brunei, sahiba ejaan jawi dan pelbagai aktiviti lain yang menawarkan hadiah berupa majalah dan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

    Program seumpama ini diharap akan dapat dijadikan sebagai satu wadah untuk melestarikan falsafah Melayu Islam Beraja kerana Melayu merupakan salah satu konsep yang perlu dikekalkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda