GEORGE TOWN, 23 Feb – Institut Jantung Negara (IJN) berhasrat meluaskan penganjuran program jelajah berbasikal ‘My Heart My Life’ ke Sabah dan Sarawak pada edisi tahun hadapan. Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata program tahunan yang dianjurkan sejak 2015 itu akan diteruskan dengan liputan lebih meluas terutamanya kawasan pedalaman dan luar