Wednesday, December 25, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serlah kemahiran bercakap pelajar di khalayak ramai

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 22 Okt – Awang Izzul Afiq Amirun bin Muayah muncul juara Pertandingan ‘Public Speaking’ anjuran Pusat Tingkatan Enam (PTE) Tutong, baru-baru ini.

    Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Lo Yee Long dan diikuti oleh Dayang Nurul Farzana binti Abdullah di tempat ketiga.

    Penyampaian hadiah kepada para pemenang dan sagu hati kepada para peserta telah disempurnakan oleh Pengetua PTE Tutong, Hajah Murni binti Abdullah.

    Semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya, Hajah Murni menjelaskan bahawa tujuan pertandingan yang diadakan sejak tahun 2013 itu adalah untuk menggalakkan dan membangunkan kemahiran pelajar-pelajar dari segi penulisan, percakapan dan belajar bagaimana menguruskan masa para pelajar.

    Awang Izzul Afiq Amirun menjadi juara dalam Pertandingan ‘Public Speaking’.

    Melalui pertandingan ini juga, para pelajar akan dapat menyerlahkan bakat dan kebolehan mereka seperti kemahiran penyelidikan dan menulis, bercakap di khalayak ramai, belajar bekerja di bawah tekanan, menepati masa dengan memenuhi tempoh akhir masa untuk berkomunikasi dan membentangkan idea dengan cara yang berkesan.

    Beliau juga melahirkan harapan agar PTE Tutong akan dapat melengkapkan pelajar-pelajarnya dengan pelbagai kemahiran hidup pada abad ke-21 ini dan menjadikan pelajar itu berjaya, bukan hanya di institusi pengajian tinggi tetapi juga untuk kehidupan di luar.

    Dengan bertemakan ‘Aspirasi’, pertandingan itu telah disertai oleh lapan orang finalis yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan enam bawah yang terpilih.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda