Sunday, May 4, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    WBC lawat Boling Padang Kelab Panaga

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb – Kelab Boling Padang Wisdom Negara Brunei Darussalam (WBC) berusaha memberikan pengalaman baru buat para pemainnya dengan pelbagai inisiatif, antaranya menyertai pelbagai kejohanan di peringkat serantau, selain itu juga berusaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan boling padang tempatan.

    Baru-baru ini WBC telah mengadakan lawatan ke gelanggang Boling Padang Kelab Panaga di Daerah Belait. Rombongan WBC yang diketuai Timbalan Presiden Ke-II, Haji Mohd Taha Haji Mohd Tahir disambut Presiden Boling Padang Kelab Panaga, Neil Lynch yang seterusnya memberikan penerangan mengenai boling padang di Kelab Panaga.

    Pada kesempatan itu juga, WBC mengadakan perlawanan persahabatan menentang Neil Lynch dari Republik Ireland, yang bergandingan dengan rakan sepasukannya dari Australia, Damian Brady.

    Dalam pada itu, Presiden WBC Haji Johari Achee mendedahkan bahawa lawatan yang diadakan tersebut adalah sebagai menjalin hubungan muhibah antara kedua kelab. Di samping itu juga beliau berharap ia akan menjadi pembuka jalan kepada kerjasama yang lebih erat antara kedua pihak selain mempunyai rangkaian multi-nasional. Kerjasama di antara kedua buah kelab ini akan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa untuk kemajuan sukan boling padang tanah air.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda