Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    1/4 pesakit diabetes mendapat ulser kaki, jadi punca kudung

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV – Satu daripada empat pesakit yang menghidap diabetes mendapat ulser kaki yang seterusnya menjadi punca bagi pengudungan kaki.

    Pada 2022, kadar retinopati diabetes meningkat dari 18 peratus kepada 22.9 peratus dalam masa dua dekad. Manakala, kadar keseluruhan retinopati diabetes tahap teruk dan retinopati diabetes tahap proliferatif ialah 6.3 peratus iaitu hampir 2 kali ganda daripada kadar yang dilaporkan pada 2015 iaitu 3.7 peratus.

    Pada 2022, 70 peratus pesakit yang menghidap penyakit buah pinggang di tahap peringkat akhir dan menjalani dialisis juga menghidap penyakit diabetes.

    Statistik komplikasi disebabkan oleh penyakit diabetes di Negara Brunei Darussalam itu telah dikongsi oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2023 yang berlangsung di ruang legar, The Mall, Gadong, hari ini.

    YB Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyampaikan ucapan di majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda