Thursday, July 4, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    1.5 juta benih ikan, udang dilepaskan sempena Hari Ikan Nasional

    KAMPONG CHAM, 1 JULAI – Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet melepaskan kira-kira 1.5 juta benih ikan dan udang ke dalam tasik semula jadi di tenggara negara itu sempena Hari Ikan Nasional ke-19 hari ini, lapor Xinhua.

    Hun Manet berkata acara tahunan ini bertujuan menggalakkan orang ramai untuk memelihara ikan di habitat semula jadi dan meningkatkan aktiviti penternakan.

    “Ikan adalah sumber protein utama untuk rakyat kita, jadi adalah penting untuk melindungi, memelihara dan membangunkan sumber perikanan bagi generasi akan datang.

    “Pemeliharaan dan pembangunan sumber perikanan secara mampan akan menyumbang kepada jaminan keselamatan makanan dan pengurangan kemiskinan,” katanya.

    Beliau juga menyeru para nelayan untuk tidak menangkap ikan semasa musim pembiakan tahunan dari Julai hingga Oktober dan menggalakkan penternak meningkatkan aktiviti ternakan ikan.

    Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, Dith Tina berkata kira-kira 20 spesis akuatik termasuk ikan, udang, kura-kura dan penyu telah dilepaskan ke dalam Boeung Thom atau Tasik Besar di daerah Prey Chhor.

    Beliau berkata negara di Asia Tenggara itu telah menangkap 426,000 tan hidupan air tawar pada 2023, peningkatan sebanyak lima peratus berbanding tahun sebelumnya. – Bernama

    Hun Manet (tengah, depan) memotong reben pada acara pelancaran Pelabuhan Serbaguna Kampot di wilayah Kampot, Kemboja pada 6 Jun lalu. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...