Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    1.5 juta mohon tiket Piala Dunia 2026 dalam 24 jam

    ZURICH, 12 SEPT – Lebih 1.5 juta permohonan tiket daripada peminat bola sepak di 210 negara diterima FIFA dalam tempoh 24 jam selepas cabutan prajualan bagi Piala Dunia 2026 dibuka, menurut badan induk bola sepak dunia itu kelmarin.

    Permintaan luar biasa bagi kejohanan itu hadir terutamanya dari Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada, diikuti Argentina, Colombia, Brazil, England, Sepanyol, Portugal dan Jerman.

    Sambutan itu menyerlahkan daya tarikan global kejohanan yang diperluas kepada 48 pasukan, yang akan dianjurkan di AS, Mexico dan Kanada dengan membabitkan 104 perlawanan di 16 bandar tuan rumah.

    Cabutan tiket akan dibuka hingga jam 11 pagi pada 19 September dan masa pendaftaran tidak menjejaskan peluang peminat untuk memperoleh tiket.

    Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan menerusi e-mel bermula 29 September, dengan diberikan slot masa tertentu untuk membeli tiket bermula 1 Oktober nanti.

    Harga tiket akan bermula pada kadar AS$60, namun sistem harga dinamik akan digunakan dalam fasa pertama penjualan, dengan peminat membayar harga berbeza mengikut permintaan pasaran. Fasa tambahan jualan tiket dijadualkan bermula pada Oktober. – Reuters

    Orang ramai berjalan melepasi jam kira detik Piala Dunia FIFA 2026 di Paseo Alcalde di Guadalajara, Mexico pada 25 Jun lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda