Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    1.8 juta ayam dihapus akibat selesema burung

    OMAHA, 28 NOV – Pegawai pertanian Nebraska berkata 1.8 juta ayam mesti dibunuh selepas selesema burung dikesan di sebuah ladang dalam petanda terbaharu bahawa wabak yang telah pun mendorong pembunuhan lebih daripada 50 juta ayam di seluruh negara itu terus merebak.

    Jabatan Pertanian Nebraska berkata kes ke-13 selesema burung dikesan di sebuah ladang di Dixon County, Nebraska, kira-kira 193 kilometer dari utara Omaha, Nebraska.

    Kesemua ayam di ladang Nebraska akan dibunuh untuk mengekang penularan penyakit itu. Jabatan Pertanian AS berkata lebih daripada 52.3 juta ayam di 46 negeri – kebanyakannya ayam dan ayam belanda di ladang komersial – telah dihapuskan akibat wabak pada tahun ini.

    Dalam wabak selesema burung sebelum ini, virus sebahagian besarnya mati semasa musim panas, namun penyakit pada tahun ini berlarutan dan muncul semula pada musim luruh dengan lebih 6 juta ayam dibunuh pada September. – AP

    Ayam-ayam berjalan dalam kurungan di sebuah ladang organik di Iowa. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda